KPPK/NUTP Cawangan TERENGGANU

Buletin - TERKINI!!!...

 KPPK / NUTP CAWANGAN TERENGGANU

  

  • MAKLUMAN BERKENAAN PERTUKARAN EMAIL KPPK/NUTP CAWANGAN TERENGGANU
    Pertukaran email NUTP Cawangan Terengganu dari email lama nutptrg@yahoo.com dan nutptrg@gmail.com kepada email baru iaitu terengganu@nutp.org.my berkuat kuasa pada 1 April 2021. Tindakan dan kerjasama dari semua pihak amatlah dihargai. 
    << klik disini untuk Notis Pemberitahuan >>
  • NOTIS MESYUARAT AGUNG TRITAHUNAN KPPK/NUTP CAWANGAN TERENGGANU KALI KE-9. Mesyuarat Agung Tritahunan KPPK/NUTP Cawangan Terengganu Kali Ke-9 akan diadakan pada 19 Disember 2020, hari Sabtu jam 8.00 pagi bertempat di Resort World Kijal (Awana Kijal), Kemaman, Terengganu<< klik disini untuk Surat Notis Mesyuarat >>
  • MAKLUMAN NOTIS PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG TRITAHUNAN KE- 9 NUTP CAWANGAN TERENGGANU SESI 2020 - 2023. Untuk makluman saudara/saudari, Ahli Jawatankuasa KPPK/NUTP Cawangan Terengganu telah memutuskan untuk MENANGGUHKAN Mesyuarat Agung Tritahunan Ke-9 yang dijangkakan pada 24 Oktober 2020 di Darul Iman Training Centre (DITC), Telok Kalong, Kemaman, TerengganuPenangguhan ini dibuat dengn mengambil kira keselamatan awam dan sebarang program melibatkan perhimpunan perlu ditangguhkan. Ini adalah ekoran situasi penularan jangkitan COVID-19 di Terengganu dan seluruh negara. Maklumat lanjut berhubung dengan tarikh dan tempat Mesyuarat Agung Tritahunan yang baru akan diumumkan kemudian. << klik disini untuk Surat Makluman Penangguhan Mesyuarat >>

  • PINDAAN NOTIS MESYUARAT AGUNG TRITAHUNAN KE- 9 KPPK/NUTP CAWANGAN TERENGGANU. Dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tritahunan Ke9 KPPK/NUTP Cawangan Terengganu akan diadakan pada 24 Oktober 2020, jam 8.00 pagi di Darul Iman Training Centre (DITC) Jalan Pupuk, Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu dengan kapasiti kehadiran 250 orang ahli sahaja (mengikut kepada saiz ruang dan penjarakan fizikal) bagi mematuhi SOP PKPP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi mencegah penularan Covid-19. Usul-usul untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tritahunan juga harus disampaikan kepada NUTP Terengganu sebelum/pada 10 OKTOBER 2020, jam 12.00 tengah hari<< klik disini untuk Surat Notis Mesyuarat >>

  • Permohonan Kad Gantian bagi ahli yang kehilangan atau kerosakan kad boleh dibuat secara atas talian di alamat pautan yang disediakan. <<Permohonan Kad Gantian>>
  • PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG TRITAHUNAN KE-9 KPPK/ NUTP CAWANGAN TERENGGANU. Dengan merujuk kepada pihak JHEKS berkenaan dengan perkara ini bahawa Mesyuarat Agung Tritahunan Ke-9 KPPK Cawangan Terengganu akan diadakan pada hari Sabtu, 20 Jun 2020 di DEWAN FIKRAH SMK GELIGA, KEMAMAN, TERENGGANU adalah DITANGGUHKAN ke suatu tarikh yag akan dimaklumkan kemudian atas arahan pihak kerajaan disebabkan isu Pandemik Covid-19 yang melanda negara. Surat makluman penuh boleh didapati disini. <<Penangguhan MAT9>>.

    • NOTIS MESYUARAT AGUNG TRITAHUNAN KE-9 BAGI TAHUN 2020-2023 . Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tritahunan Ke-9 KPPK Cawangan Terengganu akan diadakan pada hari Sabtu, 20 Jun 2020 di DEWAN FIKRAH SMK GELIGA, KEMAMAN, TERENGGANU. Surat makluman penuh boleh didapati disini. <<klik>> .
               
    • PENGUMUMAN - PERATURAN PENCALONAN. Pencalonan untuk berkhidmat dalam Jawatankuasa KPPK Cawangan Terengganu dan Ibu Pejabat dibuka.Pencalonan mesti dibuat dengan menggunakan borang-borang yang dikeluarkan oleh KPPK Cawangan Terengganu.Borang-borang Pencalonan seperti di atas boleh didapati terus daripada Setiausaha Kehormat KPPK Cawangan Terengganu atas permintaan. Semua Borang Pencalonan yang disempurnakan mesti sampai ke Pejabat KPPK Cawangan Terengganu pada atau sebelum 16 FEBRUARI 2020, jam 3.00 petang. Borang Pencalonan yang diterima lewat daripada tarikh dan masa yang tersebut tidak akan dilayan. Ahli-ahli dinasihatkan menghantar semua surat urusan ini dengan pos berdaftar. Surat pengumuman penuh boleh didapati disini. <<klik>> .
                   
    • Skim Insuran Perubatan - NUTP Medicare telah dilancarkan dengan menawarkan perlindungan untuk ahli dan keluarga dalam pembiayaan kos rawatan perubatan. Maklumat terperinci dan borang penyertaan/cadangan boleh dapatkan disini <<klik>> . Sebarang keraguan / kemusykilan boleh hubungi pejabat cawangan ( no.tel : 09-6311481 ) @ Pusat Khidmat Pelanggan NUTP Medicare ( 03-80629998 ) untuk penjelasan selanjutnya
    • Cetak Penyata Insurans : 
      1. Great Eastern *** Penyata Great Eastern anda boleh cetak disini Great Eastern ( untuk insuran Great Eastern Sahaja ) 
      2. Etika *** Penyata ETIKA anda boleh cetak disini ETIKA ( untuk insuran ETIKA Sahaja ) 



    KPPK / NUTP - PELINDUNG & PEMBELA GURU

    Borang online permohonan/pemberitahuan untuk


    MANFAAT UNTUK AHLI

    Hak ke atas manfaat dari Tabung Kebajikan, Tabung Khairat Kematian dan Tabung Tindakan Perusahaan. Layak untuk memohon pengecualian yuran bulanan jika menyambung belajar atau menghadiri kursus lebih dari 6 bulan tanpa perlu membayar atau bayar separuh sahaja.

    Jika tidak bekerja atau mengalami penyakit kritikal, yuran bulanan ahli yang tertunggak akan diberi diskaun atau kadar istimewa dengan mendapat kelulusan bertulis daripada Lembaga Eksekutif atau Delegasi Persidangan.
    Jika tidak bekerja atau mengalami penyakit kritikal, yuran bulanan ahli yang tertunggak akan diberi diskaun atau kadar istimewa dengan mendapat kelulusan bertulis daripada Lembaga Eksekutif atau Delegasi Persidangan.
     
    Jika Anda Memerlukan Bantuan Undang-undang
     
    Sebagai seorang ahli, anda boleh memohon khidmat nasihat dan bantuan guaman dalam perkara berkaitan menjejaskan pekerjaan anda. Dalam kes istimewa, Perlembagaan Kesatuan juga menyediakan bantuan kewangan ke atas kes pengangguran, pemangsaan atau pembantahan profesional.
     
    Jika Anda Ada Masalah
     
    Anda boleh guna perkhidmatan yang disediakan oleh KPPK berkaitan perkara pembetulan anomali gaji, cuti, pemindahan, persengketaan dengan pihak atasan dan kes disiplin. Kesatuan selalu berjumpa dengan pihak Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran secara rasmi untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ahli-ahli. Anda tidak perlu menghadapi masalah sebelum anda dapat mendekati kesatuan, ia juga mendengar sebarang pertanyaan daripada ahli-ahli yang memerlukan khidmat nasihat.
     
    Meningkatkan Profesionalisme
     
    Kesatuan menganjur ceramah, forum, seminar dan bengkel berkaitan isu pendidikan dan profesional untuk manfaat ahli-ahli. Aktiviti ini bertujuan mencari jalan penyelesaian untuk masalah pendidikan setempat, menyediakan arah tuju bagi ahli-ahli biasa dan pemimpin ke arah urusan profesional serta meningkatkan profesionalisme.
     

     

    Borang Permohonan/pemberitahuan untuk

          *** sila klik kanan butang mouse dan pilih "save link as" untuk muat turun(download) borang

    Borang Permohonan/pemberitahuan untuk

          *** sila klik kanan butang mouse dan pilih "save link as" untuk muat turun(download) borang

    Borang Permohonan/pemberitahuan untuk

          *** sila klik kanan butang mouse dan pilih "save link as" untuk muat turun(download) borang

    Recent Videos

    378 views - 0 comments
    378 views - 1 comment
    1375 views - 0 comments